“Tapi kita kena kawal diri kita supaya jangan makan gula-gula yang beracun ni.
Sampai kita jumpa jalan keluar dari balang ni taw kawan kawan~ Walaupun
gula-gula ni nampak sedap, tapi gula-gula ni bahaya~” kata semut B menyambung~
“Baiklah~ tapi awak semua kena ingatkan kita taw. Sebab kita selalu lupa~ sebab
bila tengok gula-gula yang lazat berkrim macam ni~ eii.. tak dapat tahan la.
Rasa nak gigit-gigit je~~” balas semut C.
“a’ah la. Kita pun sama. Awak pun kena ingatkan kita jugak taw. kita takut
sangat kalau kita lupa.” Kata semut B. mengulangi permintaan yang sama dengan semut
C. semut A mengangguk~
“baiklah. Kita akan selalu ingatkan awak. Kita nak, kita sama-sama keluar dari
balang ni dalam keadaan sihat dan cergas. Tak nak sakit-sakit. Kita sayang awak
semua macam adik beradik kita yang lain yang dekat sarang semut tu” balas semut
A~
Mereka berpelukan~
“terima kasih A. okeh! Jom kita berpecah~ cari jalan keluar dari balang ni. A,
awak ikut timur. B awak ikut barat. Dan saya ikut selatan. Ingat tau
kawan-kawan, bila dah jumpa jalan keluar, kita jumpa kat sini balik ok~”
“baiklah. Awak semua, jangan lupa taw! Jangan gigit gula gula tu ye~ janji!”
kata semut A mengingatkan buat kali terakhirnya~
Dan mereka pun berpisah~ menjalankan tugas masing masing.
Mereka pun berpecah mencari jalan keluar~
Jalan lagi~Dan lagi~Dan lagi~~~
Sehari~Dua hari~~
Akhirnya semut A kembali pada tempat yang dijanjikan sebelum ini.Tapi disitu tiada langsung kelibat semut B dan
semut C kelihatan. Semut A risau~ tentang keadaan kawan-kawannya yang berdua
itu. akhirnya semut A membuat keputusan untuk menunggu mereka~
Sehari~ Dua hari~~~
Semut A Tunggu dengan sabar~tunggu lagi~Dan lagi~
Kerana semut A telah pun bertemu jalan keluar dari balang gula-gula yang
beracun itu~
Hati kecil semut A berbisik~“mungkin sesat agaknya?”~
Tetapi tetap, kelibat semut B dan semut C tidak kelihatan~
Akhirnya barulah Semut A tahu~ Bahawa semut B dan semut C dah separuh mabuk.
Diorang dah gigit gula-gula tu.
Gula-gula tu gula-gula racun~ Manis jika sedikit~Tapi mabuk jika banyak~Semut B dan semut C tahu yang gula-gula tu
gula-gula racun~Tapi mereka terlupa~Mereka gigit jugak~Gigit~Dan gigit lagi~~
Tanpa mereka sedari, mereka telah pun mabuk~
Semut A hanya boleh menangis seorang diri. Menangis mengenangkan nasib
kawan-kawan dia yang telah mabuk~ bukan sekali nasihat dia pada kawan-kawan
yang disayanginya itu. Tetapi mabuk, menghijabkan mereka dari mendengar
kata-kata semut A.
Akhirnya semut A melukis peta jalan keluar~
Setelah selesai melukis peta, semut A menyusup keluar dari balang gula-gula
beracun itu~ Melalui jalan yang ditunjukkan oleh pakcik kerengga~
“nanti, kalau korang dah sedar dari mabuk tu~ korang gunakanlah peta ni ea.
kita dah lukiskan jalan keluar. Kita pergi dulu ye kawan-kawan~ tata”
Kata semut A dalam bait tulisannya yang terakhir~~
hu^^
------------------------------------------
aku tak ingat kisah ni aku dengar dari mana~ tapi interesting kan?err.. pengajaran? Kalian rasa?hu^^
No comments:
Post a Comment