WeLcOmE To MY LiFE
Monday, 23 December 2013
heee
Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak? 1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi. 5. Lukis burung guna huruf 'm'. 6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ️ 8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air. 10. Fikir dunia kartun memang wujud. 11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan. 12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis. 13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami. 14. Susun kusyen dan buat seni binaan. 15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki. 16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik. 17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS. 18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul. 19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak. 20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja. 21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring. 22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati. 23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang. 24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha 25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu. 26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin. 27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu.. 28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut. 29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil. Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja
Saturday, 27 July 2013
~bila hati berbicara~
Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga.
Friday, 26 July 2013
terukir di bintang`
Jangan sekadar mencari seseorang yang baik, tetapi carilah seseorang yang mampu bersama kita menjadi lebih baik~
Yup~ I loved, and I lost.. So I learned to love what is never lost~
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Saturday, 2 March 2013
fikir~
Urm.. Terkadang ada sesuatu perkara yang kita benar mahu~ mahu yang teramat sangat. Dan kita pun meminta pada Tuhan~ berdoa agar diberikan apa yang kita hajati. Kita tunggu dan tunggu~ dalam keadaan kita sudah pun berbuat sesuatu yang dirasakan terbaik untuk mendapatkannya. Ya, mendapat apa yang kita hajati. Pengharapan di pengakhiran tawakal.
Kemudian kita minta lagi dan lagi~
Sambil kita menunggu apa yang kita minta.
Tunggu~
Tunggu lagi~
Dan lagi~
Dan lagi….
Tetapi akhirnya kita tak dapat apa-apa pun~
Ah.. kosong.
Lantas kita menangis~
Semahunya~~~
Kita rasa sedih sangat~ sedih yang teramat. Terutama apabila kita melihat orang lain mendapatkan apa yang mereka hajati. Sedangkan kita?
“kenapa apa yang aku tak dapat apa yang aku nak?”
Benar?
Lantas, kita mula menyalahkan diri sendiri~ bersedih-sedih kerana memikirkan apa yang kita hajati tidak kesampaian. Dan bahkan, hampir saja menyalahkan Tuhan~ ah.. sungguh. Terlalu jahil kita ketika itu~
Kita sangka kan, mungkin itulah dinamakan takdir. Bukan rezeki~ kerana sememangnya apa yang kita hajati itu bukan tercipta untuk kita~
Dan lepas seberapa ketika, kita mula lupa apa yang pernah kita minta dulu. Kita teruskan hidup kita seperti biasa. Menjalani kehidupan seharian yang semakin mematangkan. Cuma bezanya, kita dah tak ingat lagi permintaan kita suatu ketika dulu. Kita bahagia dan terus terlupa tentangnya~
Tiba-tiba~
Tanpa kita sangka~
Kita rasa nak perkara lain pula~
dan kemudian kembali meminta~
"ya Allah~ jika benar itu untukku, maka permudahkanlah urusanku"
Err...
Dunia~
Takkan pernah mampu menghilangkan dahaganya nafsu~
Tidak pernah cukup dengan apa yang ada~
Dan tidak akan puas pastinya~
Sebenarnya,
Yang kita mahukan sebenarnya itu apa?
yang kita cari?
Teman?
Pasangan?
err.. cinta?
atau~~
Cemerlang dalam pelajaran?
Ah.. semua~
Benar?
Dan terkadang pula, apa kita minta. apa yang kita mahu. kita dapat~ kita rasa kita dah berusaha. Dan kita layak atas usaha kita. Dan kerana itu Tuhan menghadiahkan kita dengan apa yang kita mahukan.
Wah.. gembiranya~ Tersangat gembira. Hingga kita merasakan kitalah orang yang paling bertuah. Paling bertuah jika dibandingkan dengan orang lain. Kita bertuah kerana Allah mengurniakan limpahan rahmah nikmatNya kepada kita.
Tapi...
sebenarnya kita lupa~
Kadang-kadang apa yang kita tak dapat~
Itulah sebenarnya nikmat.
Dan apa yang kita dapat~
Itulah sebenarnya ujian.
Dunia ini yang kita cari~
Yang kita mahukan semahunya~
Sebenarnya tiada apa pada pandangan Tuhan.
Melainkan hanya sampah~
Kita gembira kerana sampah. Kita bersedih kerana sampah. Kita rasa bertuah kerana memperoleh sampah. Kita meratap hiba kerana gagal memiliki sampah. Mungkinkah kita ini sampah?
Opss.. maaf~
Kata Nabi,
kita Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah kita dicintai orang.
Haa.. Ingat tu kawan-kawan. Dunia itu perlu. Perlu diambil juga. Kita ambil dan diletakkan disini~ di dalam poket kita. Bukan dalam hati.
Zuhud terhadap dunia, dan zuhud apa yang dimiliki orang~
ingat pesan Nabi~
Jom tangkap dunia, letak dalam poket.
Tapi Allah bagitau kita kena kejar akhirat, barulah dunia akan duduk dalam poket...
hu^^

"ya Allah, Letakkan dunia itu ditanganku, bukan dihatiku"
Tuesday, 25 December 2012
seMuT
Suatu pagi yang tenang~ sekumpulan semut berjalan
keluar bagi mencari rezeki. Mereka keluar dari sarang mereka dan akhirnya
bertemu dengan sebotol balang gula-gula yang beracun~ mereka kegirangan.
Lantas, mereka berjalan masuk dalam balang gula-gula itu bagi mencari secubit
rezeki.
Mereka berjalan~Jalan lagi~Dan lagi~~
Dan akhirnya tanpa mereka sedari~ mereka telah sesat dalam balang gula-gula
yang besar itu. Mereka panik~ tidak bertemu jalan keluar, tiba-tiba~ semut A
berkata:
“kawan-kawan. Kita dah sesat ni~ kita dah tak jumpa jalan keluar. Kita perlu
cepat keluar dari balang ni” kata semut A kerisauan.
Semut B dan semut C mengangguk~ mereka bersetuju.
“Tapi kita kena kawal diri kita supaya jangan makan gula-gula yang beracun ni.
Sampai kita jumpa jalan keluar dari balang ni taw kawan kawan~ Walaupun
gula-gula ni nampak sedap, tapi gula-gula ni bahaya~” kata semut B menyambung~
“Baiklah~ tapi awak semua kena ingatkan kita taw. Sebab kita selalu lupa~ sebab
bila tengok gula-gula yang lazat berkrim macam ni~ eii.. tak dapat tahan la.
Rasa nak gigit-gigit je~~” balas semut C.
“a’ah la. Kita pun sama. Awak pun kena ingatkan kita jugak taw. kita takut
sangat kalau kita lupa.” Kata semut B. mengulangi permintaan yang sama dengan semut
C. semut A mengangguk~
“baiklah. Kita akan selalu ingatkan awak. Kita nak, kita sama-sama keluar dari
balang ni dalam keadaan sihat dan cergas. Tak nak sakit-sakit. Kita sayang awak
semua macam adik beradik kita yang lain yang dekat sarang semut tu” balas semut
A~
Mereka berpelukan~
“terima kasih A. okeh! Jom kita berpecah~ cari jalan keluar dari balang ni. A,
awak ikut timur. B awak ikut barat. Dan saya ikut selatan. Ingat tau
kawan-kawan, bila dah jumpa jalan keluar, kita jumpa kat sini balik ok~”
“baiklah. Awak semua, jangan lupa taw! Jangan gigit gula gula tu ye~ janji!”
kata semut A mengingatkan buat kali terakhirnya~
Dan mereka pun berpisah~ menjalankan tugas masing masing.
Mereka pun berpecah mencari jalan keluar~
Jalan lagi~Dan lagi~Dan lagi~~~
Sehari~Dua hari~~
Akhirnya semut A kembali pada tempat yang dijanjikan sebelum ini.Tapi disitu tiada langsung kelibat semut B dan
semut C kelihatan. Semut A risau~ tentang keadaan kawan-kawannya yang berdua
itu. akhirnya semut A membuat keputusan untuk menunggu mereka~
Sehari~ Dua hari~~~
Semut A Tunggu dengan sabar~tunggu lagi~Dan lagi~
Kerana semut A telah pun bertemu jalan keluar dari balang gula-gula yang
beracun itu~
Hati kecil semut A berbisik~“mungkin sesat agaknya?”~
Tetapi tetap, kelibat semut B dan semut C tidak kelihatan~
Akhirnya barulah Semut A tahu~ Bahawa semut B dan semut C dah separuh mabuk.
Diorang dah gigit gula-gula tu.
Gula-gula tu gula-gula racun~ Manis jika sedikit~Tapi mabuk jika banyak~Semut B dan semut C tahu yang gula-gula tu
gula-gula racun~Tapi mereka terlupa~Mereka gigit jugak~Gigit~Dan gigit lagi~~
Tanpa mereka sedari, mereka telah pun mabuk~
Semut A hanya boleh menangis seorang diri. Menangis mengenangkan nasib
kawan-kawan dia yang telah mabuk~ bukan sekali nasihat dia pada kawan-kawan
yang disayanginya itu. Tetapi mabuk, menghijabkan mereka dari mendengar
kata-kata semut A.
Akhirnya semut A melukis peta jalan keluar~
Setelah selesai melukis peta, semut A menyusup keluar dari balang gula-gula
beracun itu~ Melalui jalan yang ditunjukkan oleh pakcik kerengga~
“nanti, kalau korang dah sedar dari mabuk tu~ korang gunakanlah peta ni ea.
kita dah lukiskan jalan keluar. Kita pergi dulu ye kawan-kawan~ tata”
Kata semut A dalam bait tulisannya yang terakhir~~
hu^^
------------------------------------------
aku tak ingat kisah ni aku dengar dari mana~ tapi interesting kan?err.. pengajaran? Kalian rasa?hu^^
Sunday, 9 December 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)